Kemujaraban essential oil bukan sahaja berkesan untuk digunakan dengan diffuser, disedut, diambil secara internal, atau digunakan pada kulit, tetapi ia juga mempunyai keupayaan untuk membasmi kuman di atas semua jenis permukaan dan objek dengan amat berkesan. Bonus menggunakan essential oil, ianya dapat memberikan bau semula jadi yang amat baik untuk kesihatan anda.
Bukan rahsia lagi bahawa kebanyakan pembersih (all-purpose cleaner) yang dibeli di kedai mengandungi banyak bahan kimia seperti wangian sintetik dan bahan pengawet sintetik yang telah terbukti dapat membahayakan kesihatan mental, emosi, dan fizikal kita.
PERHATIAN: DIY dengan menggunakan bahan-bahan dapur adalah sangat menyeronokkan dan boleh membawa kepada ketagihan...:-)
RESEPI UNTUK PEMBERSIH “ALL PURPOSE CLEANER”
Pembersih dapur yang tidak bertoksik ini dibuat daripada cuka putih dan baunya sudah tentulah seperti… cuka. Apabila anda menyemburnya buat pertama kali, ia akan berbau cuka putih yang sangat kuat tetapi akan hilang apabila ia kering dan kemudian anda akan mula menghidu bauan essential oil.
Resipi ringkas ini boleh dibuat dalam beberapa minit sahaja dan boleh digunakan di seluruh rumah anda.
Apa yang paling menarik ialah, anda boleh menyesuaikan essential oil yang sesuai dengan keinginan aroma anda, atau tahap kotoran yang ingin dibersihkan. Essential oil citrus sangat sesuai untuk semburan permukaan dapur setiap hari, sementara Tea Tree pula berkesan untuk membersihkan kekotoran. Dedaun + co. lebih menggemari campuran Defence Bespoke Blend a.k.a Thieves dan Lemon.
Bahan-bahan yang di perlukan adalah:
1. Botol semburan kaca yang boleh diisi semula (500ml)
Ini untuk menjaga alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan plastik dan juga membolehkan anda bermain dengan campuran essential oil untuk mengetahui aroma kegemaran anda.
2. 1/3 cawan cuka putih suling
Cuka putih mempunyai 5% asid asetik yang merupakan pembasmi kuman semula jadi dan juga dapat membersihkan minyak dan kekotoran.
3. 2/3 cawan air suling/ditapis
Air dapat membiakkan bakteria apabila terlalu lama berada di luar. Untuk mengelakkannya, gunakan air paip suling atau ditapis atau rebus (biarkan sejuk sebelum digunakan dalam resipi)
4. 30 titis Essential Oils (kegemaran kami ialah Defense Bespoke Blend dan Lemon Essential Oil)
20 titis Defence Bespoke Blend a.k.a Thieves
Campuran minyak pati ini diperbuat daripada kayu manis, lemon, cengkeh, kayu putih, dan rosemary. Ia mempunyai aroma rempah, nyaman, dan bersih. Campuran ini mempunyai faedah antimikroba yang berkesan, yang bermaksud ia berfungsi dengan baik sebagai pembersih untuk hampir semua jenis peralatan di rumah anda.
Anda boleh klik di sini untuk mengetahu sedikit latar belakang Defence Bespoke Blend.
10 titis Lemon Essential Oil
Aroma segar lemon dapat mengurangkan bau cuka yang kuat dan memberikan aroma yang lebih ceria. Membersih rumah dengan menggunakan lemon essential oil adalah amat menyeronokkan.
Campurkan semua bahan-bahan di atas dan goncang sebelum digunakan (essential oil dan air tidak bercampur) dan simpan di dalam kabinet. Cahaya matahari dan cuaca panas boleh merosakkan keberkesanan essential oil.
Pembersih ini boleh digunakan di kebanyakan permukaan dapur atau lantai, tetapi oleh kerana ianya berasaskan cuka, adalah lebih baik untuk tidak menggunakannya pada permukaan granite, marble atau batu, atau di lantai kayu. Sekiranya ratio cuka dikurangkan ianya mungkin tidak akan memberikan sebarang kerosakan tetapi selalu lakukan ujian terlebih dahulu untuk memastikan tidak ada kesan negatif pada permukaan dapur atau lantai anda.
Walaubagaimanapun “all-purpose cleaner" buatan sendiri ini adalah amat berkesan bukan sahaja sebagai pembersih dapur semula jadi tetapi juga pembersih bilik mandi dan pembersih tingkap. Dan yang paling penting, ianya selamat digunakan di persekitaran kanak-kanak.
* Seperti disebutkan sebelumnya, pembersih DIY ini mempunyai bau cuka TAPI ia hilang dengan cepat iaitu dalam satu atau dua minit, dan kemudian ianya bertukar kepada bau essential oil yang telah anda pilih. Sekiranya bau cuka masih sedikit kuat untuk anda, anda boleh menambah sedikit air dan juga essential oil.
PERCAYALAH, ANDA MUNGKIN TIDAK AKAN KEMBALI KEPADA PEMBERSIH (ALL-PURPOSE CLEANER) YANG DIBELI DI KEDAI LAGI!