Menurut kisah sejarah lama, penggunaan minyak “Thieves/Pencuri” bermula sejak tahun 1413 semasa wabak bubonik (Black Death) yang menghancurkan sebahagian besar Perancis.
Black Death merebak dengan cepat di kalangan masyarakat di waktu itu dan adalah agak mustahil untuk tidak dijangkiti wabak pada waktu tersebut, di mana sekiranya dijangkiti ianya bermaksud kematian.
Namun, terdapat empat (4) pencuri yang telah ditangkap dan didakwa kerana mencuri dari orang yang sakit dan mati akibat dijangkiti wabak Black Death. Namun, pencuri-pencuri tersebut tidak pernah dijangkiti wabak tersebut, walaupun berada dekat dengan mangsa Black Death.
Hakim sangat tertarik dengan bagaimana pencuri-pencuri ini tetap kebal daripada wabak yang mengerikan ini, sehingga hakim memberitahu mereka jika mereka berkongsi rahsia mereka dia akan menyelamatkan mereka dari hukuman.
Pencuri-pencuri tersebut memberitahu rahsia mereka kepada hakim di mana mereka adalah pedagang minyak wangi & rempah ratus yang menganggur akibat penutupan pelabuhan di sebabkan wabak. Mereka telah menyediakan resipi campuran minyak pati yang apabila disapukan pada tangan, pelipis telinga, kaki & topeng di mulut mereka, menjadikannya selamat dari jangkitan.
Mereka menceritakan ramuan resipi tersebut merangkumi cengkeh dan rosemary yang memberi mereka perlindungan dari penyakit berjangkit.
Pada hari ini, terdapat lima minyak pati yang sering digunakan dalam campuran moden "thieves" di mana ianya adalah cengkeh, lemon, kayu manis, eucalyptus, dan rosemary.
Cengkeh/Clove Bud - memerangi bakteria berbahaya secara semula jadi yang boleh menyebabkan penyakit pernafasan. Mempunyai antibakteria dan antivirus yang kuat, kajian menunjukkan bahawa ia dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh untuk melawan, dan mencegah selsema.
Lemon - terkenal kerana kemampuannya membersihkan racun/toxin dari badan, dan banyak digunakan untuk merangsang saliran limfa, memberi tenaga, membersihkan kulit, dan melawan bakteria dan kulat serta meningkatkan imuniti
Kayu Manis/Cinnamon - No. 1 daripada 26 ramuan dan rempah yang paling popular di dunia dari segi tahap antioksidan. Ia juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan lain, termasuk antibakteria, antikulat, dan anti-diabetes.
Eucalyptus - salah satu minyak pati terbaik untuk sakit tekak, batuk, alahan bermusim, dan sakit kepala. Manfaatnya adalah kerana kemampuannya untuk merangsang imuniti, memberikan perlindungan antioksidan dan memperbaiki peredaran pernafasan.
Rosemary - telah digunakan dalam perubatan tradisional selama ribuan tahun untuk meningkatkan ingatan, menenangkan masalah pencernaan, meningkatkan sistem imuniti dan melegakan kesakitan. Ia mempunyai sifat antibakteria yang dapat mengatasi masalah pernafasan anda dan juga merawat alahan, sakit tekak, dan selsema.
Anda boleh mendapatkan kesemua lima (5) minyak ini secara berasingan atau campuran minyak “Thieves” yang kami namakan "Defence" dengan harga promosi RM55.00.
Ia akan kembali kepada harga asal iaitu RM59.00 selepas 31.10.2021.
Defence mempunyai aroma rempah hangat yang menyegarkan yang mungkin kurang menarik pada hidung kita tetapi benar-benar memberikan banyak manfaat untuk kesihatan kita seperti meningkatkan fungsi imuniti, melawan jangkitan, dan juga baik untuk membersihkan ruang udara.
Defence atau minyak thieves ini boleh digunakan seperti berikut:
Pembersih udara dalaman: Ia mempunyai sifat antimikroba. Campur 8-15 titis minyak pati campuran Defence ke diffuser anda dan tinggalkan bilik dengan pintu tertutup selama beberapa jam, ianya dapat membersihkan udara dan juga memberikan aroma yang menyegarkan.
Minyak urut badan: Tambahkan satu hingga dua titis minyak pati campuran Defence dengan minyak pilihan anda seperti minyak almond, minyak zaitun, minyak kelapa, atau minyak jojoba dan urut pada badan anda untuk kulit yang licin dan sihat.
Masalah pernafasan: Tambah setitis minyak Defence ke dalam mangkuk berisi air panas dan sedut wapnya, ianya dipercayai dapat melegakan kesesakan dan ketidakselesaan yang berkaitan dengan keadaan paru-paru seperti selesema dan bronkitis. Elakkan menggunakan minyak Dfence untuk bayi dan anak kecil. Ikut nasihat doktor anda sebelum mencuba ubat tanpa preskripsi.
Pembersihan rumah: Tambahkan 15-20 titis minyak Defence ke dalam botol semburan berwarna yang mengandungi 60ml air suling. Masukkan satu sudu teh witch hazel atau cuka ke dalamnya dan goncang. Gunakan semburan untuk membasmi kuman ini di dapur dan di bilik mandi anda.
Kesakitan: Tambahkan satu hingga dua titis minyak Defence ke minyak carrier dan urut perlahan-lahan ke kawasan yang sakit untuk menghilangkan rasa sakit.